




pada pagi ini,aku lewat utk bergerak ke sekolah
ada saja barang yg terlupa di keluarkan
setiap kali duduk di dalam kereta,mesti terpintas di fikiran
apa agaknya yg kurang eks?
oooowhh...stokin kasut butt yg dipinjam dari kelas aku tempohari yg digunakan untuk
bermain bola...
lantas aku masuk kedalam semula mengambil stokin tersebut..
selepas enjin ku hidupkan, maka bergerak keluarlah si JAR 3666 dari perkarangan rumah pinggiran taman Melur...
sampai di simpang traffic light, aku terasa ada kelainan yang tak dapat dijangka
mengapa aku tak perasan objek berbaju putih dan berseluar hijau atau berkain biru...
malah di kala siang menjelma itu, jalan yg selalunya sibuk dan di hiasi panorama yg selalu aku lalui di awal pagi...
bagaikan satu kehilangan...
owh....mereka cuti awal agaknye...
sampai di sekolah, suasana cukup terasa dengan
kurangnya kesesakan yang biasa perlu aku harungi setiap hari
owh...mereka sudah bercuti
cuti mereka lebih awal dari cuti aku
cuti mereka lebih bebas dari cuti aku
cuti mereka bebas dari tekanan luaran atau dalaman
mereka meraikan cuti yang penuh dengan aktiviti yg entah aku tak ketahui
samada:
- membantu keluarga mencari pendapatan
- berkelah
- bercuti/melancong
- duduk di rumah
- atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan perlu.
cuti sebagai seorang guru:
- perlu siapkan laporan sebelum diserahkan kepada pentadbir
- perlu kemaskini buku kemajuan
- perlu kemaskini rekod kehadiran pelajar
- perlu kemas meja dan bagi bersih supaya tidak berselerak semasa cuti
- perlu hadiri taklimat sebelum cuti
- dan perlu MENJADI PEGAWAI PEPERIKSAAN...
inilah erti CUTI kepada aku untuk tahun 2010.....
agak2nya bilalah dapat merasai kenikmatan cuti panjang seperti semasa berada di Universiti dulu...hehehe
No comments:
Post a Comment